Antarabangsa

El Nino Memburukkan Jerebu Rentas Sempadan Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 24 Jun 2023 – Kumpulan pemikir Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) memaklumkan terdapat risiko tinggi berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk di Indonesia, Malaysia, Singapura dan kawasan sekitarnya tahun ini berikutan cuaca panas dan kering serta ketibaan fenomena El Nino.

Menurut laporan Haze Outlook, amaran tahap merah atau berisiko tinggi telah dikeluarkan ekoran ramalan musim kering yang teruk untuk separuh kedua 2023.

BACA JUGA: Ingkar ‘Bond’ Parti, Mahkamah Arah Mantan Naib Presiden PKR Bayar RM10 Juta

BACA JUGA: Projek ECRL: 41 Orang Asli Sedia Pindah

BACA JUGA: Demam Denggi Dijangka Meningkat Menjelang PRN, Raya Haji

“Setiap ramalan menunjukkan cuaca pada 2023 akan menjadi lebih panas dan kering, dengan kembalinya El Nino,” kata laporan itu.

Pengerusi SIIA, Profesor Madya Simon Tay berkata, jerebu teruk tahun ini seakan-akan yang dialami Singapura pada 2015 dan 2019 di mana jerebu tebal berlarutan selama beberapa hari.

Laporan itu turut memetik ramalan Pentadbiran Atmosfera dan Kelautan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kemungkinan 84 peratus El Nino akan melepasi julat sederhana dan menjadi lebih kuat.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran fenomena jerebu mungkin berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada bulan Julai hingga September.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, keadaan itu berlaku susulan musim Monsun Barat Daya (MBD) yang sedang berlaku menyebabkan seluruh negara akan mengalami taburan hujan rendah dengan bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: