Antarabangsa

Bumi Dijangka Capai Suhu Paling Panas 5 Tahun Berturut-Turut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 21 Mei 2023 – Bumi berkemungkinan besar mencapai suhu paling panas pada tahun 2023 hingga 2027 dengan peningkatan purata suhu melebihi had 1.5 darjah Celcius, lapor Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

“Terdapat 98% kemungkinan bahawa sekurang-kurangnya satu daripada lima tahun akan datang dan tempoh lima tahun secara keseluruhan akan menjadi yang paling hangat dalam rekod,” lapor WMO dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Tabika, Taska Tutup Jika Suhu Cecah 40°C

BACA JUGA: Jangan Tertipu Iklan Badal Haji Murah – MATA

BACA JUGA: Jasa Chen Man Hin Diabadikan, Satu Kejayaan Pemimpin DAP Negeri

Menurut WMO, kenaikan suhu bumi itu didorong oleh fenomena cuaca El Nino dan pelepasan gas karbon dioksida daripada aktiviti manusia.

“El Nino dijangka berlaku dalam masa beberapa bulan lagi. Ini dan faktor pembakaran bahan api fosil oleh manusia akan mendorong suhu dunia meningkat pada tahap yang belum pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

Walaupun had tersebut direkodkan hanya dalam tempoh satu tahun, keadaan itu sudah memberi petanda jelas yang amat membimbangkan bahawa pemanasan global semakin pantas.

Oleh itu, WMO mengeluarkan amaran peningkatan suhu kemungkinan turut memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan makanan, pengurusan air dan alam sekitar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: