Antarabangsa

Haji: Cecah 40 Celcius, Jemaah Dinasihat Bersedia Hadapi Cuaca Panas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADINAH, 19 Mei 2023 – Jemaah haji yang bakal tiba secara berperingkat bermula 21 Mei ini diingatkan agar bersedia untuk berdepan dengan cuaca panas di mana suhu di tanah Madinah ketika ini mencecah 40 darjah celcius.

Kata Pengarah Operasi di Madinah, Ashrof Shamsuddin, jemaah dinasihatkan untuk bersedia dari segi mental dan fizikal bagi berdepan dengan cuaca panas itu.

BACA JUGA: Libatkan Wanita Dalam Pelbagai Bidang, Termasuk Mitigasi Iklim – Pemangku Raja Pahang

BACA JUGA: Allah Kita Tidak Beranak Dan Tidak Diperanakkan – Kamal Shukri MPM

BACA JUGA: Lapor Pusat Jagaan Tidak Berdaftar Pada JKM – SUHAKAM

Malah, para jemaah juga digalakkan untuk tidak berada di kawasan yang terdedah kepada cuaca panas dan matahari di samping minum air dengan kerap bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Ujar beliau, keadaan panas di Malaysia dan Arab Saudi berbeza dari segi komposisi udaranya berikutan Arab Saudi secara umumnya beriklim panas dan kering manakala Malaysia pula beriklim panas dan lembap.

Beliau turut memetik kepada makluman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini yang mengingatkan para jemaah agar minum air dalam kuantiti yang banyak, tidak memakai pakaian yang terlalu ketat serta sentiasa merujuk kepada pasukan perubatan.

Memetik media, penerbangan pertama yang membawa seramai 284 jemaah haji dari Malaysia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz pada 21 Mei ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: