Antarabangsa

Gelombang Haba Melampau Landa Barat Daya AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 Julai 2023 – Cuaca panas yang berterusan telah melanda Amerika Syarikat (AS) dari California sehingga ke South Florida pada Rabu lalu.

Ramalan cuaca turut menjangkakan bahawa cuaca akan menjadi lebih panas di kawasan-kawasan di Southwest dalam beberapa hari lagi.

BACA JUGA: Infografik RM391 Belanja Suri Rumah Sebulan, J-Kom Diperlekeh Netizen

BACA JUGA: Air Bukit Beracun, Hampir 50 Ekor Lembu Maut

BACA JUGA: Naratif Perlekeh ‘Melayu Mundur Negeri PN’ Bakal Rugikan PH – Pakar Komunikasi

Perkhidmatan cuaca AS, The National Weather Service telah mengeluarkan nasihat dan panduan dalam mendepani kepanasan yang tinggi.

Pihak yang sama juga turut mengeluarkan hasil pemerhatian serta amaran terhadap situasi di kawasan tempat tinggal sekitar 100 juta warga AS.

Keadaan panas ini dijangkakan akan menjadi lebih buruk dalam minggu ini dan akan berlarutan sehingga ke minggu hadapan.

Dalam menghadapi cuaca panas tersebut, rakyat AS juga berhadapan dengan beberapa keadaan cuaca lain seperti di Vermont dan di beberapa negeri di kawasan Timur Laut yang sedang berhadapan dengan banjir kilat berikutan hujan lebat yang berterusan.

Di Chicago pula, sekurang-kurangnya lapan kejadian puting beliung telah melanda empat daerah di sekitar timur laut Illonois yang menyebabkan beberapa buah lapangan terbang terpaksa menghentikan kesemua laluan udara mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: