Tempatan

METMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Panas Tahap Dua Di Kedah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2024 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap dua (gelombang haba) bagi kawasan Pokok Sena, Kedah.

Menurut jabatan itu, amaran itu dikeluarkan susulan kawasan tersebut telah mencapai suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Tambahnya lagi, terdapat 14 kawasan lain di Semenanjung berada pada tahap satu (berjaga-jaga) melibatkan Perlis serta Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang di Kedah.

“Selain itu, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat daya Pulau Pinang serta Kuala Kangsar, Perak dan Sepang, Selangor termasuk Beaufort, Sabah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan (KPM) kekal dengan garis panduan sedia ada supaya murid memakai pakaian seragam dua hari seminggu ketika sesi persekolahan akan datang, termasuk di kawasan-kawasan yang diramal mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh bagaimanapun berkata, sekiranya cuaca panas ekstrem berlaku, pihaknya berbincang dan mendapatkan laporan susulan terutama daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum keputusan lain dibuat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: