Tempatan

Cuaca Panas: Aktivis Gesa Tindakan Realistik Diambil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Seorang aktivis menyelar tindakan pihak berwajib yang menutup sekolah jika status suhu harian bagi cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Menurutnya, tindakan itu seolah-olah penyelesaian ‘mi segera’ yang tidak realistik buat masa panjang.

BACA JUGA: Gelombang Haba 37°C, Pakar Gesa JKKP Keluarkan Garis Panduan

BACA JUGA: Anjur Pesta Seks Bebas, Polis Buka Siasatan’

BACA JUGA: Salahkan Politik Semasa Punca Gagal Sea Games, Hannah Yeoh Ditanya Tentang Kenya, Cuba

Presiden Benevolent Malaysia, Muhamad Hanapi bertanya, adakah jika musim panas menyala berlarutan, anak-anak akan terus dicutikan?

Katanya, rakyat Malaysia wajib bersedia menghadapi cuaca ekstrem sebagai norma baharu dengan menjadikan sekolah tempat paling aman dan meneduhkan.

“Persekitaran sekolah jadi manifestasi ukuran keberhasilan produk pendidikan. Sekolah gondol, gersang, bak bangunan kilang kita rasanya masih belum capai maksud hakiki pendidikan,” katanya.

Oleh itu, Hanapi menggesa agar sekolah-sekolah mulakan gerakan bumi hijau, dengan menanam beberapa batang pohon yang kelak merendang meneduhkan blok bangunan yang menghadap matahari.

Jelasnya, pihaknya bersedia mendapatkan bekalan anak pokok jika ada pihak yang ingin bekerjasama dengannya merealisasikan gerakan bumi hijau itu.

“Daripada dimarahkan gelap, lebih baik dipasangkan pelita. Daripada dikeluhkan panas, baiklah ditanamkan pohon, kita menumpang teduhannya,” tulisnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: