Gelombang Haba 37°C, Pakar Gesa JKKP Keluarkan Garis Panduan
KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) digesa agar mengeluarkan garis panduan khusus berkaitan dengan gelombang haba bagi menjaga kesejahteraan pekerja.
Pakar kesihatan dan keselamatan, Wong Soo Kan berkata, garis panduan JKKP yang ada tidak sama dengan fenomena gelombang haba yang sedang melanda seluruh negara ketika ini.
BACA JUGA: Gesa Ahli UMNO Undi DAP, Ahmad Maslan Kesal Dilabel Kafir
BACA JUGA: Rakyat Malaysia Didakwa Hadir Majlis ‘Sanjung Israel’, JAKIM Mula Siasatan
BACA JUGA: Kalimah Allah: Aziz Bari Mengaku Sokong Afidavit Penarikan Rayuan Kes Jill Ireland
Susulan itu, perhatian khusus perlu diberikan memandangkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap satu bagi beberapa daerah di Semenanjung, selepas suhu harian mencecah 35°C hingga 37°C selama tiga hari berturut-turut.
“Ketika gelombang haba semasa, JKKP harus menyarankan langkah-langkah bagi meminimumkan pendedahan kepada gelombang haba dan mengenal pasti langkah berjaga-jaga yang perlu diambil, serupa garis panduan yang dikeluarkan ketika wabak COVID-19,” katanya.
Wong turut mencadangkan JKKP membahagikan pekerja kepada dua kumpulan, dengan satu kumpulan bekerja selama empat jam dalam persekitaran tekanan haba, dan kumpulan lain bekerja pada waktu selebihnya dalam persekitaran biasa
Dalam pada itu, ahli majlis Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A Sivananthan menyeru majikan dan JKKP agar mengambil lebih banyak langkah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja dalam musim gelombang haba.
Katanya, masih ramai majikan mengambil remeh isu keselamatan pekerja semasa gelombang haba.
Justeru, Sivananthan menyeru JKKP agar lebih kerap melawat tempat kerja untuk melihat bagaimana pekerja menghadapi situasi itu.