Tempatan

Cuaca Panas: Kerajaan Sedia Isytihar Darurat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2023 – Kerajaan sedia mengisytiharkan darurat jika cuaca panas di negara ini mencapai tahap suhu melampau.

“Belum lagi (laksana darurat), tetapi kita sudah sedia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Tambahnya menurut portal tempatan, “Kita sedang pantau 24 jam. Kalau ada darurat kita akan buat pengumuman. Buat masa ini belum lagi.”

BACA JUGA: Cuaca Panas: Amaran Berjaga-Jaga Buat 12 Kawasan

BACA JUGA: Cuaca Panas: Jambatan Merdeka Kembali Kelihatan Setelah 50 Tahun Menghilang

BACA JUGA: Mangsa Strok Haba Akan Meningkat Sehingga Ogos – KKM

Kata beliau yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu, Kerajaan juga sedia menjalankan pembenihan awan jika hujan tidak turun.

“Operasi pembenihan awan akan dilakukan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Operasi itu akan menumpukan kepada tujuh empangan air yang dijangka menunjukkan penurunan paras air iaitu Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau.”

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyenaraikan sebanyak 12 kawasan berada dalam suhu panas pada tahap satu dan di peringkat berjaga-jaga.

Berdasarkan bacaan suhu maksimum negara yang dikemas kini petang kelmarin, kawasan-kawasan berkenaan dijangka boleh mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius dalam tiga hari berturut-turut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: