Tempatan

Mangsa Strok Haba Akan Meningkat Sehingga Ogos – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 15 Mei 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan jumlah mangsa strok haba sehingga bulan Ogos ini berikutan cuaca panas yang melanda negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni memaklumkan, setakat Jumaat lalu, sebanyak 14 kes strok haba direkodkan iaitu enam kes di Kelantan, lima di Sarawak dan tiga kes lagi di Sabah.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, tiga mangsa kes strok haba di Sabah telah dimasukkan ke wad namun kesemua mereka diberikan rawatan dan telah pulih sepenuhnya.

BACA JUGA: Lempar Objek Dipercayai Bom, Seorang Suspek Diburu

BACA JUGA: Vernakular: Hak Kita Dirampas, Sekolah Agama Macam Anjing? – CIJ

BACA JUGA: Siklon Mocha: Pulau Pangkor Tangguh Aktiviti Rekreasi Laut

“Kes pertama ialah pelajar berusia 18 tahun yang dimasukkan ke wad pada 15 April dan dibenarkan pulang pada 18 April.”

“Kes kedua ialah kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad pada 30 April dan dibenarkan pulang pada 2 Mei.”

“Kes ketiga ialah seorang wanita bekerja sendiri berusia 27 tahun yang menerima rawatan sebagai pesakit luar pada 29 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jelas beliau, cuaca panas terik boleh menyebabkan seseorang sering berpeluh dan mengurangkan paras air dalam badan. Beliau turut mengingatkan bahawa warga emas dan kanak-kanak berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan akibat cuaca panas.

Mengulas lanjut, Dr Rose turut menyentuh mengenai isu bekalan air di hospital sekitar Sabah, di mana pihak hospital mempunyai pelan sokongan untuk sebarang isu air yang mungkin timbul.

Kata beliau, hospital besar seperti Hospital Queen Elizabeth 1 dan 2 serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah mempunyai tangki simpanan air yang mampu bertahan selama 42 hingga 72 jam.

Mereka juga bekerjasama dengan Dewan Bandaraya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri untuk membekalkan air kepada hospital sekiranya sebarang gangguan air berlaku.

“Kami tidak menghadapi sebarang masalah air setakat ini tetapi jika kami mengalami gangguan air yang berpanjangan, perkhidmatan hospital mungkin terjejas,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: