Antarabangsa

1.8 Juta Jemaah Haji Harungi Cuaca 48 Darjah Celcius

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 29 Jun 2023 – Walaupun menghadapi suhu yang mencecah 48 darjah Celsius, lebih 1.8 juta jemaah haji, terutamanya yang hadir dari luar negara, melaksanakan ibadah haji buat kali pertama sejak pasca COVID-19 dengan jumlah jemaah tanpa had.

Jemaah haji berbondong-bondong ke Mina, di Mekah, sehari selepas mengalami suhu 48 darjah Celsius (118 darjah Fahrenheit) ketika mereka berwukuf berjam-jam di gunung Arafah.

BACA JUGA: Rejim Zionis Racun Tanah Palestin, Dedah New York University

BACA JUGA: Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing

BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara – JAKIM

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, musim ibadah haji adalah bertepatan dengan musim panas di Arab Saudi, ditambah lagi dengan pemanasan global yang menjadikan iklim padang pasir lebih panas.

Kemuncaknya pada hari Selasa iaitu 48 darjah Celsius menjadikannya hari paling panas bagi musim ibadah haji tahun ini. Pakar telah memberi amaran bahawa suhu 50 darjah boleh menjadi fenomena tahunan di Arab Saudi menjelang akhir abad ini.

Untuk melindungi diri daripada panas, ramai jemaah berjalan dengan payung untuk melindungi diri mereka daripada terik matahari, manakala kebanyakkan jemaah lain dilihat melipat sejadah solat yang dibawa dan diletakkan di atas kepala mereka.

Lebih 32,000 pekerja kesihatan bersedia untuk merawat sesiapa sahaja yang diserang strok haba atau penyakit lain, kata pihak berkuasa, sementara botol air turut diedarkan secara percuma kepada para jemaah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: