Tempatan

Cuaca Panas Boleh Mengundang Kematian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 April 2023 – Cuaca panas yang melampau boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia termasuklah kematian.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, jika individu terdedah terlalu lama dengan suhu terlalu tinggi, ia boleh boleh menyebabkan cecair dalam tubuh badan seseorang berkurangan.

BACA JUGA: Jerebu: Bilangan Untuk Dapatkan Rawatan Masalah Pernafasan Meningkat

BACA JUGA: Mantan Menteri Kesihatan Cadang Malaysia Eksport Ketum

BACA JUGA: Kemarau Sukarkan Pembekalan Air Bersih Di Kelantan Menjelang Raya

Kesannya, individu tersebut berisiko mendapat strok haba dan kematian.

“Strok haba berlaku jika kesan haba dan dehidrasi pada badan. Keadaan itu boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ badan seperti jantung, otak dan buah pinggang.”

“Simptom awal adalah kekeringan mukosa mulut, mata dan kulit, selain berasa dahaga serta boleh mengalami pitam. Simptom teruk ialah pengsan dan tidak keruan.”

“Tanpa rawatan cecair, boleh berlarutan sampai kematian,” katanya.

Ujarnya, semua golongan tidak terkecuali daripada kesan cuaca panas, namun golongan gelandangan, petani, warga emas dan kanak-kanak lebih berisiko tinggi.

Malah, katanya, individu bersukan juga boleh mengalami kerosakan otot akibat strok haba.

Justeru, masyarakat disarankan sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan banyak minum air dan menggunakan kipas atau ada aliran udara jika panas serta mengurangkan aktiviti luar rumah.

Terdahulu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos, susulan musim peralihan monsun.

Ia membabitkan semua negeri, namun yang paling terkesan ialah negeri di utara dan pantai timur.

Kementerian turut menasihatkan orang ramai agar bersiap sedia menghadapi krisis air, impak perubahan iklim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: