Tempatan

Cuaca Panas Tingkatkan Pembiakan Serangga Perosak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2023 – Cuaca panas yang melanda negara ketika ini mengundang kerisauan buat sektor pertanian kerana dapat meningkatkan pembiakan serangga perosak.

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong berkata, keadaan suhu panas menyebabkan serangga mudah membiak dan merebak ke tanaman.

BACA JUGA: LIMA ’23: Ruang Udara Langkawi Ditutup 18-27 Mei Ini

BACA JUGA: Perlis Bina Telaga, Persediaan Darurat Iklim

BACA JUGA: Kerajaan Jamin Penggunaan Air Tidak Terjejas Sepanjang Musim Panas

“Jika keadaan panas melampau, akan mengakibatkan sumber air tidak mencukupi, namun beberapa hari ini hujan masih lagi turun. Jadi, tiada masalah.”

“Tetapi sekarang yang merisaukan kita adalah serangga perosak. Ia mudah merebak dan membiak dengan cepat ketika cuaca panas.”

“Jika keadaan ini berlarutan, ia sekali gus akan menjejaskan sumber saraan kami,” katanya.

Jelasnya, serangan serangga perosak secara tidak langsung akan menyebabkan kualiti tanaman terjejas.

Dalam perkembangan lain, Ee Mong memberitahu keadaan sekarang turut memberi pulangan memberangsangkan bagi sayuran seperti kekacang, tomato, terung dan timun.

Katanya, keadaan cuaca panas mempercepatkan proses matang sekali gus mencapai peningkatan dalam penghasilan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: