Tempatan

Perak Rekod 7 Kes Berkaitan Cuaca Panas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 16 MAC 2024 – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak merekodkan tiga kes strok haba dan empat kelesuan haba berlaku akibat cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini bagi tempoh 14 hingga 21 Februari 2024.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata daripada jumlah itu enam kes yang dilaporkan membabitkan anggota polis dan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurutnya, kesemua kes telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dimana empat kes sembuh dan seorang mempunyai komplikasi serangan sawan.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) pula merekodkan dua kes kelesuan haba yang mana kedua-dua kes itu dilaporkan di daerah Beaufort pada Minggu Epidemiologi Empat dan 11.

“Kes kelesuan haba pertama dilaporkan melibatkan seorang lelaki berusia 50 tahun yang mengalami simptom kelesuan haba ketika melakukan kerja menebang pokok dan telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kerajaan untuk rawatan.”

“Kes kedua dilaporkan melibatkan seorang pelajar lelaki berumur 18 tahun yang mengalami simptom kelesuan haba ketika mengikuti pertandingan bola sepak.”

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna berkata demikian dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut Dr Asits memberitahu, kesemua kes telah dirawat dan serta dibenarkan pulang pada hari yang sama dan telah sembuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: