Cuaca Panas: Kementerian Sumber Asli Nasihat Orang Ramai Jimat Penggunaan Air
KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – “Orang ramai digalakkan untuk menjimatkan penggunaan air dalam kegunaan harian semasa cuaca kering,” kata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam satu kenyataan.
Kata kementerian, industri dan pengguna komersial juga digalakkan untuk melaksanakan langkah menjimatkan air seperti menggunakan air alternatif untuk operasi bukan-potabel. Ini akan membantu mengurangkan permintaan air dan membantu kita mempunyai cukup air semasa cuaca kering.
“Selaras dengan Malaysia MADANI yang memberi fokus kepada cekap dan berhemat dalam mendorong pembangunan lestari dan penggunaan sumber daya yang bertanggungjawab, pengguna dinasihatkan untuk menjimatkan air dan sentiasa menggunakan air dengan bijak.”
BACA JUGA: Boleh Guna Laluan Kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan Raya Ini
BACA JUGA: QR Palsu Di Masjid: Masyarakat Diminta Tidak Tergesa-Gesa Lakukan Transaksi
BACA JUGA: Raya: 14 Kawasan Titik Panas Kemalangan Dikenal Pasti
Tegas NRECC lagi, dalam situasi yang kritikal, sekatan penggunaan sekatan ke atas penggunaan air tidak penting mungkin dikenakan jika diperlukan, seperti penyiraman rumput dan taman. Keperluan ini disediakan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air di mana Menteri boleh memberi sekatan penggunaan air semasa kecemasan.
Bukan itu sahaja, menurut NRECC dalam kenyataan sama, operator air akan selalu membuat pengumuman kepada orang ramai untuk memaklumkan tentang status bekalan air semasa dan bersedia untuk meminimumkan kesan kekurangan air semasa musim kemarau yang berpanjangan.
Justeru,NRECC sekali lagi menegaskan, orang ramai digalakkan untuk menjimatkan penggunaan air dalam kegunaan harian semasa cuaca kering.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan, Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.