Cuaca Panas: JAIPk Rancang Adakan Solat Sunat Istisqa
IPOH, 15 Mei 2023 – Susulan cuaca panas yang berterusan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merancang untuk mengadakan solat sunat istisqa atau solat minta hujan sekiranya keadaan tersebut berlarutan.
Menurut Pengarah JAIPk, Harith Fadzillah Abdul Halim, memo pemberitahuan berhubung perkara tersebut akan dibuat dalam masa terdekat kepada semua masjid seluruh negeri.
BACA JUGA: Atlet Transgender Mahu Jalani Hidup Seperti Biasa, Namun Kami Seperti Diburu
BACA JUGA: Industri Halal Malaysia, Thailand, Indonesia Mampu Cecah Trilion Ringgit
BACA JUGA: Dilanda Wabak Penyakit Kaki & Mulut, Korea Selatan Musnahkan Ratusan Lembu
“Mungkin Isnin ini memo boleh dikeluarkan, jika tidak Selasa maka Rabu kita boleh adakan tanpa perlu tunggu Jumaat (solat Jumaat),” kata beliau dalam Majlis Sambutan Hari Raya Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) di Taman Tasek Jaya, semalam.
Berita tempatan melaporkan, pada Khamis lalu, Perak merupakan antara lima negeri yang berada pada tahap satu iaitu keadaan berjaga-jaga berikutan suhu harian yang mencapai antara 35 hingga 37 darjah celcius sekurang-kurangnya melebihi tiga hari berturut-turut, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam perkembangan berasingan, sebanyak 14 kes berkaitan cuaca panas yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya melibatkan kes strok haba, kelesuan haba dan kejang haba.