Tempatan

KPM Arahkan Aktiviti Luar Bilik Darjah Dihentikan Jika IPU Lebih 100

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 29 April 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua institusi pendidikan di bawah seliaannya mengambil langkah pencegahan bagi menghadapi cuaca panas dan jerebu dalam negara ketika ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, antara langkah pencegahan adalah menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas, dan bagi kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.

BACA JUGA: Sarawak Aktifkan Pangkalan Hadapan Musim Kemarau Buat Pertama Kali

BACA JUGA: Pembenihan Awan Bergantung Kepada Cuaca Semasa

BACA JUGA: Malaysia Akan Jadi Lebih Kering & Panas Bermula Jun Hingga Oktober

Menurut kenyataan itu, peringatan telah diberikan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM untuk mengambil langkah pencegahan.

“Aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas perlu dipantau bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas,” kata KPM.

Selain itu, bekalan air minuman bersih mencukupi perlu disediakan di institusi pendidikan, termasuklah di asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mereka mendapatkan air minuman.

Murid turut digalakkan membawa air minuman sendiri dan mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.

Institusi pendidikan juga diingatkan untuk sentiasa peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena jerebu di kawasan masing-masing, selain mematuhi saranan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan pelajar dan warga institusi.

“Institusi pendidikan perlu sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas,” menurut kenyataan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: