Tempatan

Salahkan Politik Semasa Punca Gagal Sea Games, Hannah Yeoh Ditanya Tentang Kenya, Cuba

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 – Selepas menyalahkan politik sebagai punca prestasi suram negara dalam Sukan SEA, Hannah Yeoh disoal berkaitan pencapaian negara lain seperti Kenya dan Cuba yang mampu beraksi baik meskipun menghadapi keadaan politik lebih buruk.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, “Jika kita melihat beberapa negara seperti Kenya, Cuba dan Serbia, keadaan politik mereka tidak stabil seperti kita, tetapi dari segi sukan, mereka berjaya.”

“Saya rasa ramai yang tidak faham kenyataan ini,” katanya merujuk kepada penjelasan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh 19 Mei lalu.

Menteri itu sebelum ini mempertahankan kenyataannya bahawa ketidakstabilan politik adalah punca kegagalan atlet mencapai sasaran pingat emas pada Sukan SEA di Kemboja.

BACA JUGA: Gelombang Haba 37°C, Pakar Gesa JKKP Keluarkan Garis Panduan

BACA JUGA: Gesa Ahli UMNO Undi DAP, Ahmad Maslan Kesal Dilabel Kafir

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Didakwa Hadir Majlis ‘Sanjung Israel’, JAKIM Mula Siasatan

Bagaimanapun, Fadhli mencelah dan berkata, terdapat negara berperang yang masih menunjukkan prestasi baik dalam sukan.

“Pasukan bola sepak Palestin berada di kedudukan lebih tinggi daripada Malaysia.”

“Jadi persoalannya, jika menteri berkata ketidakstabilan politik menjejaskan prestasi kita dalam sukan, apakah yang akan beliau lakukan pada masa hadapan untuk memastikan apa sahaja yang berlaku dalam arena politik tidak menjejaskan sukan, yang menjadi milik semua orang?”

Hannah menjawab dengan mengatakan bahawa negara yang disebut itu tidak menyertai Sukan SEA.

Jelasnya lagi, “Sejak empat tahun lalu, kita telah tiga kali bertukar perdana menteri, dan kita mempunyai tiga menteri belia dan sukan. Ada juga pertukaran ahli lembaga pengarah, bajet, dan fokus.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: