Tempatan

HATI-HATI: Banjir Besar Dijangka Berlaku Bulan Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 September 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan.

Ujar Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Tambahnya, kebiasaannya, bermula akhir September hingga awal November negara akan mengalami fasa peralihan monsun.

Dalam tempoh ini lazimnya cuaca di seluruh negara adalah baik pada waktu pagi. Manakala pada sebelah petang hingga awal malam, ribut petir akan lebih kerap berlaku terutama di negeri-negeri pantai barat serta pedalaman Semenanjung, Sarawak (barat dan tengah) dan barat Sabah.

“Risiko untuk berlaku banjir kilat adalah tinggi dalam tempoh ini terutama di kawasan rendah di pantai barat Semenanjung,” katanya lagi.

Namun, apa yang pelu dibimbangkan adalah jika berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, menyebabkan hujan berterusan akan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir.

“Jika berlaku luruan monsun yang kuat dan serentak dengan kemunculan sistem tekanan rendah, maka risiko untuk berlaku banjir besar adalah tinggi,” tegas Muhammad Helmi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: