Tempatan

Sabah Sarawak Berisiko Ribut Petir Sehingga Isnin Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2023 – Rakyat di Sabah dan utara Sarawak dinasihati berjaga-jaga susulan penumpuan angin dijangka berlaku di dua negeri itu bermula 1 sehingga 3 April ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan berkata, ramalan itu dikeluarkan berdasarkan analisis model-model cuaca yang dikaji dan keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir dan hujan dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan.

BACA JUGA: Ikan Buntal Bertoksin, Dilarang Jualan – KP Kesihatan

BACA JUGA: Depresi Dikalangan Kakitangan Polis, Meragut 2 Nyawa Sejak Jan 2023 – Menteri

BACA JUGA: ‘Scam’ Bazar Ramadan: CAP Gesa KPDN Ketatkan Penguatkuasaan

Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung pada sebelah petang dan malam.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.”

Kelmarin, dua negeri di utara Malaysia iaitu Kedah dan Perlis dilanda ribut dan angin kencang.

Kejadian itu telah merosakkan beratus-ratus buah rumah dan unit khemah bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Susulan itu, Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz mengeluarkan amaran bahawa Kedah berpotensi menerima lebih banyak kejadian ribut dan puting beliung sehingga pertengahan Mei depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: