Tempatan

Hati-Hati: Hujan Bakal Melanda Hingga Hujung Tahun

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 13 Jun 2022 – Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah mengatakan bahawa negara akan mengalami hujan yang berpanjangan sehingga hujung tahun berikutan fenomena La Nina yang sedang berlaku ketika ini.

“Apabila melihat kepada keadaan Lautan Pasifik, fenomena ini bergerak perlahan tetapi dijangka bertahan sehingga akhir tahun ini. Oleh yang demikian, negara akan mengalami hujan yang berpanjangan sehingga hujung tahun,” ujarnya.

BACA: Pemimpin India Hina Nabi: Jangan Harap India Sertai FIFA World Cup Qatar 2022

BACA: #StandWithAfreenFatima : Rumah Gadis Aktivis Muslim Dimusnahkan Rejim Pelampau India

BACA: Sekularisme Tidak Bermaksud Wajar Merendahkan Tuhan-Tuhan Hindu – Geert Wilders

Menurutnya, fenomena La Nina yang dijangka berakhir pada Ogos hingga September itu mempengaruhi curahan dan intensiti hujan serta mampu menggalakkan proses perolakan udara dan pembentukan awan yang aktif.

Ia sekaligus akan mengakibatkan ribut petir serta angin kencang berikutan kekuatan angin timuran yang meningkat.

“Keberadaan fenomena La Nina yang berkategori sederhana sejak tahun lepas hingga kini, mengubah corak suhu permukaan air di laut dan lautan sekitar negara dan rantau Asia Tenggara,” katanya.

Berikutan ribut petir itu, hujan akan lebih banyak melanda beberapa kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar pihak yang bertanggungjawab terutamanya menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk mengeluarkan amaran ribut petir atau banjir kilat lebih awal agar rakyat boleh membuat persediaan.

Malah, beliau menekankan agar amaran itu lebih dijuruskan kepada kawasan daerah berikutan banjir kilat kerap berlaku di kawasan yang lebih kecil.

Beliau turut menegaskan agar kajian dilakukan sebelum memulakan sebarang aktiviti pembinaan yang melibatkan kawasan gambut kerana beliau tidak menafikan bahawa banjir yang berlaku di kota raya adalah disebabkan aktiviti pembangunan yang tidak terkawal oleh pihak tidak berwajib.

“Apabila aktiviti pembinaan itu dilakukan di kawasan yang tidak selamat seperti menghalang saliran asal sungai dan kawasan tanah gambut, kemungkinan berlakunya banjir itu ada,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: