Antarabangsa

Israel Bakal Dakwa Pendakwah Masjid Al-Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 22 FEBRUARI 2024 – Negara haram Israel pada Rabu lalu mengatakan akan memfailkan dakwaan terhadap pendakwah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri atas alasan “hasutan kepada keganasan”, memetik kepada laporan media antarabangsa.

Laporan itu menyebut, kenyataan daripada Kementerian Kehakiman negara haram berkenaan menyatakan bahawa Sabri akan dituduh menghasut “keganasan” selepas mengucapkan takziah kepada keluarga rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera rejim haram aparteid Israel.

Keputusan itu juga dikatakan telah diluluskan oleh Peguam Negara haram Israel, Gali Baharav-Miara.

Menurut seorang peguam bela kepada pendakwah tersebut, Khaled Zabarqa, keputusan Israel itu sama dengan subversif undang-undang bagi tujuan politik.

Tambah beliau, “Ini adalah penganiayaan politik, agama dan intelektual yang dilakukan oleh kumpulan pelampau sayap kanan untuk menyebarkan kekecohan.

Laporan sama berkata, Sabri sebelum ini pernah ditahan beberapa kali oleh tentera rejim haram aparteid Israel serta dilarang untuk memasuki Masjid Al-Aqsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: