Antarabangsa

Taiwan Beli 400 Peluru Berpandu Harpoon Buatan Boeing AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIPEI, 19 April 2023 – Taiwan akan membeli sebanyak 400 peluru berpandu Harpoon bertujuan sebagai persediaan untuk menangkis kemungkinan pencerobohan dari China. Perjanjian pembelian itu dibuat berikutan meningkatnya ancaman dari China.

Taiwan sebelum ini telah membeli versi Harpoon yang dilancarkan dari atas kapal, yang dibuat oleh Boeing Co. Kini, kontrak yang juga dengan Boeing bernilai 1.7 billion dolar AS itu untuk pembelian versi Harpoon mudah alih yang dilancarkan dari darat.

BACA JUGA: Op Lancar Jalan Persekutuan Ipoh-KL: Polis Tidak Teragak-Agak Keluar Saman

BACA JUGA: Bekalan Air Capai Paras Maksimum, Rakyat Diminta Simpan Air Raya Ini

BACA JUGA: Cuaca Panas: Kementerian Sumber Asli Nasihat Orang Ramai Jimat Penggunaan Air

Peluru berpandu Harpoon yang boleh dilancarkan di darat digunakan untuk sistem pertahanan pantai. Kajian oleh Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa dalam satu siri permainan perang atas meja pada tahun lepas, jelas menunjukkan Taiwan berpotensi untuk diserang oleh China.

Oleh kerana pergerakan dan keupayaan mereka untuk menjangkau seluruh selat sangat terhad dan terbatas, maka peluru berpandu mudah alih ini sangat berkesan terhadap pasukan penceroboh China, kata penganalisis Mark Cancian yang menguruskan latihan itu.

Ketegangan AS-China semakin memuncak, terutamanya mengenai Taiwan, pulau yang didakwa China sebagai sebahagian daripada wilayahnya. China turut mengadakan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan selepas Presidennya bertemu dengan Speaker Dewan AS Kevin McCarthy di California bulan ini .

Leftenan Kolonel Tentera Martin Meiners, jurucakap Jabatan Pertahanan berkata, peruntukan artikel pertahanan Amerika Syarikat kepada Taiwan, yang merangkumi pengekalan keupayaan sedia ada melalui Jualan Tentera Asing dan Jualan Komersial Langsung, adalah penting untuk keselamatan Taiwan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: