Tempatan

Cuaca Panas Dijangka Mereda Minggu Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 April 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan cuaca panas yang melanda negara ketika ini akan kembali normal pada minggu ini.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berikutan hujan diramal akan berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara sepanjang minggu ini dan minggu pertama Aidilfitri.

BACA JUGA: Bekalan Air Capai Paras Maksimum, Rakyat Diminta Simpan Air Raya Ini

BACA JUGA: Peringatan: Teruskan Guna Laluan Alternatif Batang Kali-Genting Highlands – Izham Hashim

BACA JUGA: Op Lancar Jalan Persekutuan Ipoh-KL: Polis Tidak Teragak-Agak Keluar Saman

Susulan itu, keadaan suhu maksimum harian yang agak tinggi kebelakangan ini di beberapa buah tempat dijangka kembali normal.

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa sebelum melakukan sebarang aktiviti.

“Dapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan cuaca panas dialami negara ketika ini dijangka berpanjangan sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Katanya, cuaca panas itu membabitkan semua negeri dengan bahagian paling terasa adalah negeri di Utara dan Pantai Timur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: