Tempatan

Cuaca Panas: Tidak Perlu Beri Rebat Bil Elektrik – AWER

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Mei 2023 – Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) tidak perlu melaksanakan pemberian rebat bil elektrik pada musim panas yang berlaku di negara ini.

Ia kerana pelaksanaan tersebut hanya akan mencetuskan peningkatan penggunaan tenaga yang lebih tinggi.

BACA JUGA: 86 Hari Mogok Lapar, Pejuang Palestin Syahid Di Penjara Zionis

BACA JUGA: Peruntukan Tahunan Kepada Sekolah Cina Bertentangan Dengan Akta Pendidikan – Peguam

BACA JUGA: TERKINI: Abai & Aniaya Remaja Sindrom Down, Siti Bainun Didapati Bersalah

Tegasnya dalam sebuah portal tempatan, pemberian rebat bergantung kepada harga bahan api dan kos bahan asas selain tidak bergantung kepada keadaan perubahan cuaca.

Bukan itu sahaja, S. Piarapakaran turut menyatakan bahawa ramai pengguna terutamanya dalam sektor industri akan mengambil kesempatan jika rebat bil elektrik dilaksanakan.

“Semasa COVID-19 sehingga kini, banyak syarikat yang menggalakkan kakitangan bekerja dari rumah dan sudah pasti penggunaan elektrik tinggi di kediaman. Namun, sekarang tiada lagi dasar bekerja dari rumah berkenaan.”

“Kalau rebat tetap diberikan, berkemungkinan sektor lain terganggu seperti pembaikan jalan raya dan pembangunan infrastruktur lain,” katanya lagi.

Oleh itu, beliau berpandangan bahawa pengguna perlu bijak dalam melakukan penjimatan tenaga elektrik dan menggunakan peralatan elektronik yang cekap tenaga, bukan mengharapkan pemberian rebat bil elektrik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: