Antarabangsa

Korea Utara Bertegas Supaya AS Berhenti Sebar Fitnah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA UTARA, 22 September 2022 – Menurut sebuah laporan antarabangsa, Korea Utara telah menyuruh AS untuk “tutup mulut mereka” dan berhenti menyebarkan khabar angin untuk memburuk-burukkan Korea Utara.

Korea Utara menerusi agensi media rasmi mereka telah menafikan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia.

Isu ini timbul susulan kenyataan Timbalan Jurucakap Rasmi AS, Vedant Patel, yang menyebarkan dakwaan bahawa Rusia sedang dalam proses membeli jutaan peluru berpandu dan bedil dari Korea Utara.

“Baru-baru ini, AS dan kuasa-kuasa musuh telah bercakap tentang ‘pencabulan’ sebuah resolusi UNSC, yang menyebarkan dakwaan jual beli senjata antara Korea Utara dan Rusia.”

“Kita tidak pernah mengeksport senjata atau peluru kepada Rusia sebelum ini dan kita tidak akan merancang untuk mengeksportnya.”

Susulan kekecohan ini, Jurucakap Keselamatan White House, John Kirby, menjelaskan bahawa tiada indikasi bahawa senjata-senjata tersebut telah dijual dan digunakan di Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: