Antarabangsa

Mejar Tentera AS & Isteri, Hadapi Tuduhan Dedah Maklumat Sulit Kepada Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 30 September 2022 – Mejar Jamie Lee Henry, 39, dan isterinya Anna Gabrielian, 36, didakwa atas pertuduhan mendedahkan maklumat perubatan rahsia Amerika Syarikat (AS) kepada pihak Rusia.

Menurut dokumen rasmi Jabatan Kehakiman AS, Jamie Lee yang merupakan Mejar Tentera AS dan isterinya yang merupakan seorang doktor dipercayai telah menyalurkan maklumat tersebut kepada wakil dari Rusia bagi membantu Rusia untuk menghadapi konflik dengan Ukraine.

Kebocoran tersebut dipercayai melibatkan maklumat kesihatan warga Amerika yang terlibat dengan individu-individu bertugas di bawah kerajaan AS atau tentera AS.

Kedua pasangan tersebut ditangkap apabila mereka bertemu dengan ‘anggota Rusia’ yang sebenarnya merupakan ejen Federal Bureau of Investigation (FBI) yang sedang menyamar.

Gabrielian dikatakan telah cuba untuk menghubungi kedutaan Rusia menerusi emel dan telefon bagi menawarkan ‘bantuan’ buat Rusia, namun,  dia tidak pernah menyebut tentang penglibatan suaminya, Jamie Lee.

Menurut ejen samaran tersebut, Gabrielian sendiri telah memberitahunya tentang hal tersebut, di mana Gabrielian menyatakan bahawa suaminya tahu akan hal tersebut tetapi namanya tidak didedahkan supaya mudah untuk suaminya menafikan sebarang penglibatan dengan hal tersebut.

Sekiranya didapati bersalah, pasangan terbabit bakal dikenakan hukuman 5 tahun di Penjara Persekutuan (Federal Prison), serta 10 tahun bagi setiap pertuduhan mendedahkan maklumat kesihatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: