Antarabangsa

Korea Utara Buat Persediaan Perang, Pecat Pemimpin Tentera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA UTARA, 11 Ogos 2023 – Media kerajaan Korea Utara telah melaporkan bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un telah mengambil tindakan memecat seorang jeneral tertinggi tenteranya.

Laporan media yang dikeluarkan pada hari Khamis itu turut menyatakan bahawa pemimpin tertinggi bagi negara tersebut telah mengarahkan agar persiapan peperangan dipertingkatkan ‘dengan cara yang bersifat ofensif’.

Arahan untuk mempertingkatkan persediaan peperangan itu adalah dengan memperbanyakan penghasilan senjata serta menjalankan lebih banyak latihan ketenteraan, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Korean Central News Agency itu.

BACA JUGA: Hakisan Pantai Semakin Dekat, Penduduk Risau Tenggelam

BACA JUGA: Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais Dilantik Ketua Hal Ehwal Agama Dua Masjid Suci

BACA JUGA: Penyakit Kulit Berketul (LSD): Malaysia Gantung Sementara Import Lembu Dari Australia

Perkembangan terbaharu itu dilaporkan setelah berlangsungnya mesyuarat Suruhanjaya Ketenteraan Pusat pada Rabu lalu, hanya beberapa hari setelah Kim membuat pemeriksaan terhadap beberapa kilang senjata utama negara itu.

Perbincangan ketenteraan tersebut berlaku setelah Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) melakukan persediaan bagi latihan ketenteraan yang berskala besar pada bulan ini, di mana Korea Utara melihat tindakan dua negara tersebut sebagai persediaan untuk melancarkan serangan.

Tindakan yang dilakukan oleh Korea Selatan dan AS itu telah beberapa kali diberi amaran oleh Korea Utara dengan menyatakan bahawa ianya dapat mencetuskan tindakan-tindakan bersifat pembalasan yang besar.

Dalam perbincangan ketenteraan tersebut, dilaporkan bahawa Kim telah bertindak memecat ketua bagi staf jeneral Pak Su Il dan menggantikan kedudukan tersebut dengan Ri Yong Gil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: