Antarabangsa

Konflik Memuncak, Korea Utara Dan Korea Selatan Saling Berbalas Tembakan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA UTARA, 25 Oktober 2022 – Korea Utara dan Korea Selatan telah mula berbalas tembakan amaran pada Isnin lalu di mana mereka saling menuduh satu sama lain dengan tuduhan menceroboh sempadan maritim negara masing-masing.

Staff Angkatan Bersama Korea Selatan (JCS) membuat kenyataan bahawa sekitar jam 3.42 pagi waktu tempatan, sebuah kapal pengangkut Korea Utara telah melalui Northern Limit Line (NLL) di Laut Kuning, di mana adalah merupakan sempadan di antara dua negara tersebut.

Perbuatan yang dilakukan oleh kapal Korea Utara itu telah membuatkan Korea Selatan mengeluarkan amaran namun kapal berkenaan tetap tidak menukar haluannya dan membuatkan Korea Selatan melancarkan dua das tembakan.

Manakala Tentera Rakyat Korea Pyongyang pula mendakwa bahawa kapal laut Korea Selatan telah menceroboh batasan ketenteraan maritim dan pihak mereka telah “melancarkan serangan balas awal bagi memastikan kapal perang musuh berundur” dengan menembak sepuluh das ke kawasan “pencerobohan tersebut”.

Ketegangan di sekitar semenanjung Korea khususnya di sempadan perairan di antara kedua-dua negara tersebut sejak beberapa tahun lalu telah melibatkan beberapa pergeseran.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Korea Utara telah melancarkan beberapa siri percubaan senjata. Menurut Agensi Berita Korea Pusat, percubaan terbaharu mereka adalah bertujuan untuk memusnahkan potensi sasaran Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat (AS).

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol telah mengeluarkan amaran bahawa rantau tersebut kini sedang mendepani realiti keselamatan yang merbahaya disebabkan isu percubaan senjata nuklear yang dibawa oleh Pyongyang, namun pihak Korea Selatan pula mendakwa ianya adalah sebuah tindak balas bagi operasi ketenteraan besar-besaran oleh pihak AS dan Korea Selatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: