Korea Utara Selar Rancangan AS Hantar Kapal Selam Nuklear Ke Perairan Semenanjung Korea
PYONGYANG, 10 Julai 2023 – Korea Utara mengecam rancangan Amerika Syarikat (AS) mengerahkan kapal selam peluru berpandu nuklear mereka ke perairan berhampiran semenanjung Korea, ia memberi amaran bahawa tindakan itu boleh mencetuskan konflik dan ancaman keamanan.
Dalam satu kenyataan yang dibawa oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada hari Isnin, rancangan itu dipersetujui oleh pemimpin AS dan Korea Selatan semasa sidang kemuncak April bagi memperkenalkan senjata nuklear strategik AS ke semenanjung Korea buat kali pertama sejak 1981.
BACA JUGA: Jemaah Haji Malaysia Diiktiraf Paling Berdisiplin
BACA JUGA: Tukar Label Beras Tempatan, Jual Harga Import Bakal Didenda Hingga RM250 Ribu
BACA JUGA: Kenyataan Berbaur 3R, Guan Eng & Hadi Disiasat Bukit Aman – Timbalan Pengarah CID
Menurut jurucakap KCNA, ini adalah situasi yang sangat berbahaya kerana ia akan membawa kepada ketegangan tentera serantau kepada keadaan yang lebih kritikal dan mungkin boleh mencetuskan krisis konflik nuklear yang paling dahsyat.
Rancangan AS adalah pemerasan nuklear secara terang-terangan terhadap Korea Utara serta negara serantau dan ini memberi ancaman besar kepada keamanan, kata KCNA.
Tambahnya lagi, terpulang kepada tindakan AS pada masa hadapan kerana tiada siapa yang mahu situasi ekstrem timbul di semenanjung Korea dan Amerika Syarikat akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang situasi yang tidak dijangka.
AS juga didakwa menceroboh ruang udara Korea Utara berhampiran pantai timur negara itu baru-baru ini dan AS telah diberi amaran bahawa tiada jaminan insiden mengejutkan di mana pesawat peninjau strategik tentera udara AS ditembak jatuh tidak akan berlaku.