Timbalan Presiden AS, ‘Mengaku’ Ada Jalinan Kerjasama Kukuh Dengan Korea Utara
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KOREA SELATAN, 30 September 2022 – “Amerika Syarikat (AS) berkongsi hubungan yang sangat penting, sebuah pakatan, dengan Republik Korea Utara. Ianya sebuah pakatan yang kuat dan kukuh,” berikut merupakan petikan ucapan oleh Timbalan Presiden AS, Kamala Harris.
Menurut laporan Kamala Harris dipercayai terkeliru ketika memberikan ucapan tersebut, di mana beliau sebenarnya memaksudkan Korea Selatan.
Berucap di Demilitarised Zone Korea (DMZ), sebuah kawasan persempadanan antara Korea Utara dan Korea Selatan, Kamala Harris pada Khamis semalam telah mengadakan lawatan diplomatik selama 4 hari ke Korea Selatan, termasuk mengadakan pertemuan dengan Yoon Suk-yeol, presiden Korea Selatan.
Setelah Kamala Harris berangkat meninggalkan Korea Selatan, Korea Utara pula bertindak melancarkan dua peluru berpandu ke arah lautan di bahagian timur Korea Utara.
“Tentera Korea Selatan telah mengesan dua peluru berpandu jarak dekat dilancarkan dari Sunchon, Selatan kawasan Pyongan, kearah persisir timur.” Menurut sebuah laporan antarabangsa.