Antarabangsa

“Ini Bukan Main-Main”, Putin Ugut Gunakan Senjata Nuklear

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 22 September 2022 – Presiden Rusia, Vladimir Putin, menurut sebuah laporan telah mengeluarkan ancaman bahawa kekuatan senjata nuklear berkemungkinan digunakan susulan perang yang sedang berlaku di Ukraine.

Putin menegaskan bahawa hal ini bersangkut-paut dengan khabar angin bahawa pemimpin-pemimpin NATO yang sudahpun mula mempertimbangkan kebarangkalian menggunakan “weapon of mass destruction (senjata pemusnah)” nuklear ke atas Rusia.

“Untuk mereka yang membenarkan diri mereka untuk buat kenyataan-kenyataan sedemikian terhadap Rusia, saya ingin ingatkan anda bahawa negara kami juga ada pelbagai jalan yang boleh membawa kepada kehancuran, dan sesetengah komponen lebih maju dari negara NATO sendiri,” tegas Putin.

Menurut sebuah siaran di televisyen, Putin juga menyatakan bahawa negara barat telah melakukan ‘ugutan nuklear’ ke atas Rusia dengan menggalakkan Ukraine untuk membedil Pusat Janakuasa Nuklear Zaporizhzia di Ukraine yang kini dikawal oleh tentera Rusia.

“Sekiranya wilayah negara kami terancam, kami pastinya akan gunakan segala cara yang ada untuk mempertahankan Rusia dan rakyat kami. Ini bukan main-main,” berikut merupakan petikan ucapan tersebut.

Dalam hal ini, sistem amaran konflik DEFCON menyatakan bahawa mereka sudahpun mengambil maklum tentang ugutan yang dikeluarkan oleh Putin dan tindak balas negara barat terhadap ugutan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: