Antarabangsa

Korea Utara Mungkin Dirujukkan Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 03 September 2022 – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mempertimbang untuk merujukkan Korea Utara ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan dakwaan negara tersebut menindas hak asasi dan kebebasan rakyatnya.

Demikian kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu laporan diedarkan baru-baru ini. Menurut laporan itu, hingga kini tiada perkembangan dalam usaha memastikan akauntabiliti terhadap pencabulan hak asasi manusia di Korea Utara.

Pada 1 Julai lalu, Michelle Bachelet, yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Hak Asasi Manusia memaklumkan bahawa perwakilan Korea Utara di Geneva tidak memberi maklum balas terhadap draf laporan yang diberi kepadanya.

Laporan tersebut mendakwa, penindasan lanjut terhadap hak asasi manusia di negara itu berlaku ketika pelaksanaan sekatan akibat penularan wabak COVID-19. Sekatan tersebut didakwa telah membolehkan kerajaan menghalang aliran maklumat dan idea dalam kalangan rakyatnya.

“Perkembangan ini menambah kepada sistem keselamatan dan politik yang menindas di negara itu di mana pengawasan, paksaan, unsur takut serta hukuman telah digunakan untuk menyekat kemahuan rakyat, memecahbelahkan mereka, menyemai ketidakpercayaan dan menghalang kemunculan sebarang kehendak bersama atau asli,” dakwanya.

Laporan itu turut memetik Undang-Undang Mengecam Kebudayaan dan Pemikiran Reaksioner yang didakwa menghukum individu yang memiliki atau mengedarkan sejumlah besar bahan media daripada Korea Selatan, dengan hukuman penjara seumur hidup atau mati.

Dalam pada itu, Antonio menegaskan kepentingan agar masyarakat antarabangsa bertindak terhadap situasi hak asasi manusia di Korea Utara, termasuk menyokong akauntabiliti sekiranya jenayah tersebut didapati berlaku.

“Ini termasuklah Majlis Keselamatan mengambil tindakan sendiri ataupun atas syor Perhimpunan Agung supaya mempertimbang untuk merujukkan situasi itu kepada ICC,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: