Antarabangsa

Korea Utara Uji Peluru Berpandu Sedia Hadapi AS

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Korea Utara, 27 Mac – Korea Utara baru-baru ini menyatakan bahawa mereka telah membuat pelancaran ujian peluru berpandu antara benua (ICBM) sebagai sebuah persiapan untuk persemukaan yang lama dengan Amerika Syarikat (AS).

Lapor al Jazeera, negara tersebut melancarkan ICBM terbesar di bawah arahan Kim Jong Un sebagai sebuah langkah untuk mempertahankan negara.

Kelihatan dalam sebuah video yang disiarkan televisyen Korea Utara, Kim Jong un bersama dua lagi pegawai atasan beliau mempamerkan peluru berpandu bersaiz gergasi tersebut.

Dalam sebuah video lain, kelihatan beberapa anggota tentera Korea Utara sedang melakukan kiraan sebelum pelancaran peluru berpandu berskala gergasi tersebut.

Rentetan provokasi tersebut diakhiri dengan sebuah video lain yang menunjukkan Kim Jong Un, pegawai beliau dan beberapa anggota tentera sedang bersorak meraikan pelancaran peluru berpandu.

Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan sebuah mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan Korea Utara yang disifatkan telah melanggar resolusi ujian senjata.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: