Singapura & AS desak Korea Utara Hentikan Ujian Peluru Berpandu
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
Amerika Syarikat (AS), 1 April 2022 – Joe Biden, Presiden AS dan Lee Hsien Loong, Presiden Singapura baru-baru ini mendesak Korea Utara untuk menghentikan dengan segera ujian peluru berpandu yang dilakukan serta menggesa Korea Utara untuk kembali kepada rundingan persenjataan.
“Kami berdua menggesa Korea Utara untuk menghentikan provokasi dan kembali kepada meja rundingan untuk diplomasi yang serius dan berpanjangan,” ujar Biden.
Baru-baru ini, Korea Utara telah melakukan sebuah ujian peluru berpandu, di mana sebuah peluru berpandu, Hwasong-17, dilancarkan ke lokasi yang tidak disebutkan.
Hwasong-17 adalah sebuah peluru berpandu yang boleh memuatkan bahan letupan nuklear, sekaligus menggentarkan AS dan sekutunya.
Namun, Korea Utara pula mendakwa peluru berpandu tersebut adalah sebagai pertahanan daripada sebarang ancaman nuklear.