Korea Selatan Diancam Peluru Berpandu, Dunia Khuatir Perang Korea 2.0 Tercetus
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SEOUL, 03 November 2022 – Perairan Korea Selatan sekali lagi diancam peluru berpandu dari Korea Utara apabila negara komunis itu melancarkan lebih 20 peluru berpandu dan satu daripadanya melepasi Garisan Had Utara yang menjadi penanda sempadan maritim bagi kedua-dua negara.
Peluru berpandu Pyongyang itu dilaporkan mendarat di perairan Korea Selatan pada jarak 57 kilometer ke tenggara tanah besar negara itu.
Presiden Korea Selatan, Yoon Sun-yeol menyifatkan pelancaran tersebut sebagai pencerobohan jelas oleh Korea Utara.
Susulan ancaman itu, siren amaran diaktifkan dan penduduk di pulau Ulleungdo diarahkan mencari perlindungan bawah tanah.
Imagine watching TV this morning to the sound of an air raid alarm due to North Korean missiles pic.twitter.com/RrizYAlKXY
— Raphael Rashid (@koryodynasty) November 2, 2022
Tidak memberi muka, Korea Selatan bertindak membalasnya dengan melancarkan tiga peluru berpandu ke ‘lokasi yang sama’.
Footage from the South Korean response to North Korea’s earlier missile launches, ROK warplanes launch missiles north of the sea border. pic.twitter.com/tiqKnA7SoQ
— Doge (@IntelDoge) November 2, 2022
Selain Korea Selatan, Jepun juga mendakwa Korea Utara menembak beberapa peluru berpandu merentasi ruang udaranya hari ini.
Walaupun tiada jumlah dinyatakan, namun Jepun memaklumkan ia jatuh di Laut Pasifik, sekali gus mendorong amaran dikeluarkan kepada tiga wilayah di utara.
Air-raid sirens sound in Japan following the PRK (North Korea) missile launches (they crossed JAP airspace and ended up in Pacific) pic.twitter.com/KijFa8OgMm
— D.Emery (@DemeryUK) November 3, 2022