Antarabangsa

Korea Utara Akan Lancar Serangan Jika Terdapat Provokasi – Kim Yo Jong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA UTARA, 09 Januari 2024 – Sekutu terbesar yang juga merupakan saudara perempuan bagi pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jo Yung telah membuat kenyataan bahawa pihak mereka akan melancarkan serangan ketenteraan serta merta bagi sebarang provokasi.

Kenyataan tersebut dibuat oleh saudara perempuan Kim Jong Un pada Ahad lalu sewaktu negara tersebut melancarkan peluru meriam berdekatan dengan sempadan Korea Selatan bagi hari ketiga berturut-turut.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera Korea Selatan mendakwa bahawa Korea Utara telah melepaskan lebih dari 60 tembakan meriam pada Sabtu lalu berhampiran dengan sempadan maritim yang kini menjadi pertikaian.

Korea Selatan juga mendakwa bahawa pada hari sebelumnya juga sebanyak 200 tembakan meriam telah dilepaskan.

Dalam kenyataan yang sama, Kim Jo Yung telah menafikan bahawa pihak tenteranya telah membuat tembakan meriam pada hari Sabtu dan sebaliknya menyatakan bahawa pihaknya telah meletupkan bahan letupan sebagai taktik muslihat.

Pihak tentera Korea Utara kemudiannya telah menganggap bahawa kenyataan Jo Yung itu sebagai peperangan psikologi yang bertaraf rendah dan seterusnya telah menggesa agar Korea Utara menghentikan aktiviti ketenteraan yang membawa ketegangan berhampiran sempadan kedua negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: