Antarabangsa

Korea Utara Mahu PBB ‘Hentikan’ Latihan Perang AS-Korea Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA UTARA, 06 Mac 2023 – Korea Utara telah menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menuntut agar latihan ketenteraan bersama di antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dihentikan serta-merta.

Pada sebuah kenyataan media yang dibuat Ahad lalu, Timbalan Menteri Luar, Kim Son Gyong telah menyatakan bahawa latihan ketenteraan dan retorik yang telah dilakukan oleh dua negara tersebut telah meningkatkan ketegangan kepada “tahap yang sangat bahaya”.

BACA JUGA: Dua Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Dibatalkan

BACA JUGA: Projek Tebatan Banjir Disegerakan – PM

BACA JUGA: AMARAN Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut

Dalam kenyataan yang sama, Son Gyong turut menyatakan bahawa PBB dan komuniti antarabangsa “perlu menyeru supaya AS dan Korea Selatan untuk menghentikan tindakan-tindakan provokatif serta latihan ketenteraan bersama serta merta”.

Kenyataan tersebut dibuat setelah beberapa pegawai daripada Korea Selatan dan AS telah membuat pengumuman mengenai latihan ketenteraan berskala besar yang akan berlangsung sekitar 10 hari iaitu daripada 13 hingga 23 Mac.

AS dan Korea Selatan menyatakan bahawa latihan tersebut adalah bersifat ketenteraan dan ianya perlu bagi melawan ancaman program peluru berpandu balistik dan senjata nuklear Korea Utara.

Namun Korea Utara menganggap bahawa latihan yang dilakukan oleh kedua-dua negara tersebut adalah sebagai raptai untuk serangan sebenar.

Pada Sabtu lalu, Korea Utara telah membuat kenyataan menyalahkan AS atas kejatuhan sistem kawalan senjata antarabangsa. Selain itu, Korea Utara turut menyatakan bahawa senjata nuklear adalah “cara yang paling pasti” untuk memastikan keseimbangan kuasa di rantau itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: