Antarabangsa

Pengkaji Malaysia Cadang Bubarkan British Commonwealth?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 September 2022 – Seorang pengkaji Malaysia, Dr Mathew Maavak, telah membangkitkan persoalan sama ada sistem Commonwealth Britain masih wajar diamalkan kini.

Menurut penulisan beliau, hampir tiada sebarang kebaikan yang diperolehi oleh negara-negara ahli Commonwealth. Dalam pada itu, beliau menyangkal pendapat pihak-pihak yang menyatakan bahawa ada negara berjaya yang ‘lahir’ dari sistem Commonwealth seperti Singapura.

Namun, beliau menyatakan bahawa kejayaan Singapura hanyalah sebagai hab serantau bagi kawasan Asia Tenggara, dan tidak lebih dari itu.

Bahkan, beliau turut menambah bahawa kepesatan ekonomi Singapura sendiri banyak bergantung kepada tenaga kerja luar, sehinggakan berlaku ‘brain drain’ dalam kalangan tenaga kerja tempatan.

Jelasnya lagi, terdapat kelembapan intelektual dalam kalangan negara-negara yang ‘ditinggalkan’ oleh British kerana unsur-unsur yang diterapkan oleh British dalam sistem pentadbiran sesebuah negara, termasuklah dalam mendiamkan pendapat yang tidak selari dengan agenda mereka.

Beliau kemudiannya menyatakan bahawa British tidak pernah betul-betul ‘memerdekakan’ negara jajahannya. Terdapat pelbagai campur tangan British yang membawa kepada pertumpahan darah dalam negara-negara bekas jajahannya, seperti pembunuhan beramai-ramai Jalianwalla Bagh.

Menurutnya, konflik antara penganut agama Islam dan Hindu yang kini giat meletus di Leicester, United Kingdom (UK) kini adalah kesan dari dasar dan campur tangan British.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: