Korea Utara Umum Bebas COVID-19
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PYONGYANG, 11 Ogos 2022 – Perdana Menteri Korea Utara, Kim Jong-un telah mengisytiharkan kemenangan negara tersebut dalam menentang wabak COVID-19 selepas dua minggu tiada kes dilaporkan.
Kim mengisytiharkan sedemikian ketika mempengerusikan mesyuarat mengenai dasar COVID-19 bersama petugas kesihatan dan saintis Pyongyang yang tidak memakai topeng muka di dalam sebuah ruang.
Pemimpin negara itu mengarahkan penarikan balik sistem pencegahan kecemasan tahap maksimum yang telah dilaksanakan pada Mei sekali gus mengatakan bahawa Korea Utara harus mempergiatkan lagi usaha pencegahan sehingga berakhirnya krisis kesihatan global ini.
“Kemenangan yang diperoleh rakyat kita merupakan peristiwa bersejarah, yang sekali menunjukkan kepada dunia betapa hebatnya negara kita, kecekalan rakyat kita,” ujarnya.