Politik

Kalah PRU-15 Dengan 30 Kerusi, Hishammuddin Mahu Ahli Sedar Diri & Insaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLUANG, 23 Disember 2022 – “PRU ke-15 BN kalah teruk. Hanya dapat 30 kerusi je. Satu keputusan yang patut menginsafkan dan menyedarkan kita semua khususnya warga UMNO dan BN, kata Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dalam satu video di Twitternya.

Tegasnya, apa yang perlu dilakukan oleh UMNO sekarang ini adalah melakukan penambahbaikan dan apa jua pembetulan yang diperlukan untuk parti itu.

“Banyak sangat kerja kena buat kalau nak pulihkan semula keyakinan rakyat. Kita tak boleh salah langkah lagi,” kata Hishammuddin.

Di akhir kenyataan, beliau turut menasihatkan ahli-ahli parti di akar umbi untuk sedar dan insaf demi kelangsungan perjuangan.

“Buat ahli-ahli parti di akar umbi, nasihat saya ialah untuk bulatkan tekad, rapatkan barisan dan sama-sama kita lihat ke hadapan, demi masa depan dan kelangsungan perjuangan kerana akhirnya sedar dan insaflah kita semua orang perjuangan.”

Keputusan PRU-15 pada 19 Nov lalu menyaksikan tiada parti dapat membentuk kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: