PRU-15

Ismail Sabri Bakal PM Jika BN Menang Cukup Kerusi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 November 2022 – Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai Perdana Menteri jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata calon BN Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed.

Namun perkara itu bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi.

“Jika kita menang lebih banyak kerusi, Ismail akan disahkan sebagai Perdana Menteri kita.”

“Tetapi, sekiranya bilangan kerusi tidak mencukupi, pilihan calon Perdana Menteri bergantung kepada rundingan dengan mana-mana gabungan baru.” katanya

Terdahulu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin memberi amaran mengundi BN bermakna Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut Muhyiddin, Zahid berusaha untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri bagi membersihkan pertuduhan rasuah terhadapnya.

“Kenyataan itu pada zahirnya salah, kerana Ismail Sabri adalah Perdana Menteri kita,” tegas Jazlan.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan berasingan Ismail Sabri menegaskan bahawa beliau merupakan satu-satunya calon Perdana Menteri ke-10 daripada BN.

“Secara jelas saya satu-satunya calon Perdana Menteri Ke-10 daripada BN.”

“Keputusan untuk mencalonkan saya sebagai Perdana Menteri diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi UMNO, biro politik UMNO dan ketika Perhimpunan Agung UMNO malah turut disambut oleh parti-parti komponen dalam BN,” kata beliau.

Oleh itu, kata Ismail Sabri, tindakan pembangkang tidak wajar kerana mahu menidakkan keputusan pelbagai peringkat dalam UMNO dan BN berhubung calon Perdana Menteri dipilih partinya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: