PRU-15

PRU-15: Sah, Tun M Akan Bertanding Sekali Lagi Di Langkawi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2022 – “Kita (GTA) membuat keputusan iaitu di Langkawi, calonnya ialah Dr Mahathir Bin Mohamad, tetapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri, hanya calon sebagai wakil rakyat sahaja,” kata Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menyentuh isu kerusi Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri sebanyak dua kali itu memaklumkan bahawa perkara itu akan ditentukan sekiranya GTA berjaya membentuk majoriti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kita tak tentukan (lagi) siapa yang akan jadi Perdana Menteri sebab calon untuk Perdana Menteri itu hanya relevan kalau kita menang sahaja, kalau kalah tak relevan.”

Tambah Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu lagi, GTA juga membuat ketetapan untuk bertanding sekitar 120 kerusi Parlimen bagi mencerahkan peluang mereka untuk membentuk majoriti sendiri termasuk di Sabah.

Dalam laporan berlainan, GTA berikrar akan melaksanakan semua yang terkandung dalam Bajet 2023 jika gabungan itu menang dalam PRU-15.

“Kalau GTA menang, kami akan laksanakan semua yang terkandung dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: