PRU-15

“Satu Ekor Cina …”, Presiden Parti Warisan Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAH, 18 November 2022 – Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memohon maaf kepada masyarakat Cina kerana telah menggunakan istilah yang membawa konotasi haiwan bagi merujuk masyarakat tersebut.

“Saya minta maaf, saya agak emosi. Saya minta maaf… saya tidak bermaksud menghina (masyarakat Cina). Saya konsisten dalam memperjuangkan semua kaum tanpa mengira sama ada Cina, India, Iban, Murut, Kadazan dan kaum lain.”

Tambahnya, ucapan tersebut tidak bermaksud atau berniat jahat jahat untuk melukakan hati mana-mana pihak, malah dia komited untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat.

Datuk Seri Shafie Apdal beberapa kali semasa kempennya, membidas Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dengan mengatakan bahawa “satu ekor Cina pun tiada jadi menteri” walaupun telah menjadi sebuah gabungan politik.

Presiden Parti Warisan yang menyandang kerusi Parlimen Semporna sejak 1995 itu, kekal mempertahankan kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Datuk Seri Shafie Apdal akan menentang Arastam Bin Pandorog Dari Pakatan Harapan (PH), Nixon Bin Abdul Habiparti dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ab Rajik Ab Hamid daripada Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: