Tempatan

Bapa Tidak Berhak Tukar Agama Anak-Anak – Nazri Aziz

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mac 2022 – Nazri Aziz, Ahli Parlimen BN-UMNO Padang Rengas berucap dalam sidang Parlimen semalam menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan force conversion yang dilakukan oleh seorang bapa kepada anak-anaknya.

Dalam ucapan itu, beliau menunjukkan sokongan terhadap keputusan pihak mahkamah yang telah memberikan hak kepada ibu anak-anak mualaf itu yang beragama Hindu. Malah, beliau turut menyatakan ketidaksetujuannya terhadap paksaan penukaran agama anak-anak tersebut.

“Saya menyokong keputusan daripada mahkamah yang telah diberikan kepada ibu dan saya ingin menyatakan iaitu saya tidak setuju langsung dengan paksaan penukaran agama kanak-kanak ini.”

Menurutnya, penganutan agama Islam seharusnya berlaku secara sukarela dan sekiranya tiada bukti yang menunjukkan kesukarelaan itu, maka ia boleh jatuh sebagai paksaan dan tiada paksaan untuk sesiapa memeluk agama Islam.

Nazri menegaskan bahawa agama anak-anak itu seharusnya ditentukan oleh agama ibu bapa itu sendiri sewaktu mereka mendaftar perkahwinan secara sivil.

“Bermakna setiap manusia walaupun dia kanak-kanak sudah pun ada agama. Apa agamanya? Agama kepada ibu bapa, common religion of the parents sewaktu mereka bernikah.”

“Saya difahamkan walaupun ibu itu merupakan seorang daripada masyarakat Cina, tapi agamanya adalah Hindu. Bermakna iaitu bahawa waktu mereka berkahwin dan mendaftar perkahwinan secara sivil, agama yang menjadi common kepada kedua ibu bapa ialah Hindu,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan istilah parent, beliau menyatakan bahawa dalam bahasa Malaysia parent disebut ibu bapa dan tidak disebut sebagai ibu atau bapa. Hal itu sekaligus menjadikan unilateral conversion tidak boleh dilakukan.

Malah, beliau turut menekankan bahawa dirinya sebagai orang Islam sendiri tidak menyokong tindakan apabila seorang bapa yang menukar agama, mengajak anak-anak mereka untuk turut menukar agama melainkan rundingan telah dilakukan berikutan sudah adanya common religion. Baginya, penukaran agama tanpa persetujuan itu sesuatu yang tidak adil.

Ucapannnya turut mendapat komen-komen kecaman dari warga Facebook apabila ada sesetengah antara mereka yang mengecam kenyataan diberikan beliau.

“Apa punya YB laa..dalam agama Islam anak-anak ikut agama bapa la..usulkan je la jika salah seorang ibu/bapa Islam…anak bebas memilih agama yang mereka nak…bukan syarat kedua-dua ibu bapa setuju baru boleh,” ujar Mohd. Azril Suraya, seorang pengguna Facebook.

“Waktu emak dia dalam hospital tak kisah pun dengan anak dia… Anak itu dalam peliharaan bapa dia,” ulas seorang pengguna Facebook juga, Mahmud Mahjin.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kes tiga kanak-kanak yang ditukarkan agama oleh bapanya kepada agama Islam tanpa persetujuan ibu. Si ibu, Loh Siew Hong telah berjaya memenangi permohonan habeas corpus untuk mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: