Tempatan

BN Janji Majukan Kawasan Perkampungan Cina Hainan Jika Menang PRN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEMAMAN, 31 Julai 2023 – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Mohd. Khairi Afiq Mohd. Yusof berjanji akan memajukan kawasan perkampungan Cina Hainan tertua di negara ini yang terletak di Kampung Air Jernih sebagai kawasan ekopelancongan, sekiranya parti itu diberi mandat dalam pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

“Cadangan untuk memajukan ekopelancongan kawasan ini merupakan antara 10 cadangan yang dikemukakan sendiri masyarakat Cina Hainan di Air Jernih.”

“Insya-Allah sekiranya diberi mandat, ini akan menjadi salah satu agenda yang akan saya lakukan dan rekod pentadbiran BN selama ini sememangnya mengambil berat isu ekonomi rakyat termasuk dalam memajukan industri pelancongan,” katanya menurut portal tempatan.

BACA JUGA: Pelajar Perlu Pendedahan Awal Isu Masalah Sosial, Termasuk LGBT

BACA JUGA: Konflik Sudan: Warga Khartoum Diancam Kebuluran

BACA JUGA: Purata Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia Naik Kepada RM8,479 Pada 2022

Tambahnya, kawasan perkampungan yang wujud lebih 100 tahun itu berupaya menarik kunjungan pelancong dan sekali gus menjana pendapatan ekonomi kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Pekan Air Jernih ini mempunyai keunikan tersendiri yang mana kaum Cina Hainan yang fasih berbahasa Melayu khususnya menggunakan loghat Terengganu masih mengekalkan tradisi mereka.”

“Kita boleh kekalkan bangunan lama di sini sebagai tarikan seperti Kampung Cina di Kuala Terengganu.”

Malah, kata beliau lagi, lokasi perkampungan itu berhampiran dengan Stesen Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang rancak dalam pembinaan, sememangnya berpotensi untuk dimajukan dan dijadikan lokasi tumpuan pelancongan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: