PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM
KUALA LUMPUR, 28 Julai 2023 – Orang ramai diingatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 berlangsung, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Kata CAAM dalam satu kenyataan, ia melibatkan Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Larangan ini termasuklah pada tiga tarikh penting yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Hari Penamaan Calon pada 29 Julai 2023 (Sabtu), Hari Mengundi Awal pada 8 Ogos 2023 (Selasa) dan Hari Mengundi pada 12 Ogos 2023 (Sabtu) serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen selepas Hari Penamaan Calon.”
BACA JUGA: Perlembagaan Persekutuan Tak Halang Semakan Permohonan Murtad – Peguam
BACA JUGA: Johor Tubuh Jawatankuasa Banteras Ajaran Sesat Si Hulk
BACA JUGA: Kerjasama Ekonomi Turkiye-UAE Buka 100,000 Peluang Kerjaya
Jelas CAAM, ia adalah bagi memastikan PRU DUN Ke-15 berjalan lancar selain bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai khususnya para pengundi.
Dalam masa yang sama, CAAM turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs).