Tempatan

PRN: Beberapa Jalan Di Kuala Nerus, Kuala Terengganu Ditutup Sabtu Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 28 Julai 2023 – Beberapa jalan di Kuala Nerus serta Kuala Terengganu akan ditutup buat sementara pada Sabtu, 29 Julai 2023 untuk memberi laluan kepada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Ke-15 dan Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen (P.036) Kuala Terengganu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din, penutupan jalan itu dibuat bagi memberi laluan kepada penyokong-penyokong parti politik untuk ke pusat-pusat penamaan calon yang telah ditetapkan.

Antara jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan jalan sementara itu adalah seperti di bawah:

KUALA-NERUS.jpg?resize=780%2C603&is-pending-load=1#038;ssl=1

KUALA-TERENGGANU.jpg?resize=780%2C603&is-pending-load=1#038;ssl=1

BACA JUGA: Perlembagaan Persekutuan Tak Halang Semakan Permohonan Murtad – Peguam

BACA JUGA: Johor Tubuh Jawatankuasa Banteras Ajaran Sesat Si Hulk

BACA JUGA: Kerjasama Ekonomi Turkiye-UAE Buka 100,000 Peluang Kerjaya

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya agar merancang perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan mematuhi segala arahan daripada polis trafik yang bertugas.

“Lalu lintas akan dibuka semula seperti biasa sekiranya proses penamaan calon selesai lebih awal.”

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menerbangkan dron tanpa kebenaran pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan tersebut akan dikenakan tindakan tegas, tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: