Tempatan

Purata Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia Naik Kepada RM8,479 Pada 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 31 Julai 2023 – Pendapatan purata isi rumah rakyat Malaysia meningkat kepada RM8,479 pada tahun 2022 berbanding RM7,901 pada tahun 2019, ujar Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Peningkatan berlaku sebanyak 2.4 peratus setahun, mengambil kira purata saiz isi rumah sebanyak 3.8 orang dengan purata 1.8 orang penerima pendapatan.

Menurut beliau, pendapatan tersebut termasuk pendapatan daripada pendapatan bergaji, bekerja sendiri, pelaburan dan pindahan semasa diterima.

BACA JUGA: PRN: 6 Negeri Dijangka Alami Hujan, Ribut Petir Pada Hari Penamaan Calon

BACA JUGA: Manfaatkan AI Dalam Pembangunan Sektor Agromakanan

BACA JUGA: Hampir 1,000 Tentera Simpanan Zionis Israel ‘Tarik Diri’, Protes Kerajaan Netanyahu

Jelas Dr Mohd Uzir, enam negeri yang mencapai median pendapatan melebihi paras kebangsaan RM6,338 ialah Kuala Lumpur (RM10,234), Putrajaya (RM10,056), Selangor (RM9,983), W.P. Labuan (RM6,904), Johor (RM6,879) dan Pulau Pinang (RM6,502).

Statistik tersebut mencatatkan Selangor mencapai pertumbuhan pendapatan penengah tertinggi iaitu sebanyak 6.5 peratus setahun bagi tempoh 2019 dan 2022.

Manakala, Kuala Lumpur merekodkan kemerosotan pendapatan isu rumah penengah kasar bulanan dengan pengurangan sebanyak 1.0 peratus bagi tempoh yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: