PRU-15

PRU-15: Anwar Optimis Dengan Gabungan PH-BN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media hari ini berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perbincangan bersama wakil BN di sebuah hotel di ibu negara pagi tadi.

Beliau optimis pakatannya dan Barisan Nasional (BN) dapat membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Saya berpuas hati kerana perbincangan tumpu kepada keperluan mewujudkan kerajaan stabil untuk kepentingan rakyat. Kami menetapkan beberapa keutamaan dalam dasar terutama memacu pembangunan negara.”

Namun, katanya tiada keputusan muktamad yang dibuat setakat ini kerana BN masih meminta sedikit waktu untuk melalui beberapa rundingan.

Walau bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan perkembangan dan komitmen yang diberikan.

Dalam perjumpaan itu juga, Anwar memaklumkan hanya namanya dicadangkan sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diputuskan kemudian selepas angkat sumpah Perdana Menteri selesai.

Perjumpaan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah dibuat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi tadi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: