Tempatan

44% Pengundi Berdaftar PRN Berumur Antara 21-39 – Suruhanjaya Pilihan Raya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2023 – Sekitar sembilan juta pengundi berdaftar dijangkakan akan turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini adalah dalam kalangan mereka yang berusia di antara 21 hingga 39 tahun.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, sejumlah 9,773,571 pengundi berdaftar dijangkakan akan membuang undi pada Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Secara keseluruhan, sejumlah 2,169,120 daripada para pengundi adalah berusia di antara 21 hingga 29 tahun. Ini diikuti dengan sejumlah 2,164,982 pengundi yang berusia di antara 30 hingga 39 tahun.

Manakala pengundi yang berusia di antara 40 hingga 49 tahun adalah yang ketiga tertinggi yang dijangkakan akan turun mengundi dalam Pilihan Raya Negeri itu, dengan jumlah mereka secara keseluruhan adalah 1,695,876 orang.

Seterusnya, jumlah para pengundi berdaftar yang berusia di antara 50 hingga 59 tahun pula adalah seramai 1,380,446 orang.

Sejumlah 661,905 para pengundi berdaftar bagi negeri-negeri yang disebutkan adalah berusia di antara 18 hingga 20 tahun.

Selangor mencatatkan jumlah pengundi tertinggi pada kadar 3,747,057 orang, diikuti oleh Kedah dengan jumlah 1,585,085 orang, seterusnya 1,411,912 orang pengundi di Kelantan dan 1,234,198 di Pulau Pinang. Terengganu dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan sejumlah 930,894 dan 864,425 orang pengundi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: